Followers

Monday 19 October 2015

Bab 9: Bernafas Tanpamu

“Tak nak ambil gambar ke?” Tiba-tiba dia berdiri sebelah aku sambil menghadap pemandangan Lautan Atlantik.

            “Cukup-cukuplah. Tak larat nak posing lagi. Kalah orang nak shoot gambar magazine.”

            Serentak aku dengan dia berpaling ke arah dua sekawan yang tak habis-habis melompat. Yang lagi dua orang tukang tangkap gambar dan membebel. Sebab giliran dia orang tak sudah lagi.

            Aku dengan Aidan tergelak kecil. Kecoh!

            Lepas tu masing-masing terdiam. Angin yang dingin buat tubuh aku terasa menggigil. Tapi hati belum puas lagi melihat panorama yang indah terbentang luas di depan mata. Bunyi ombak dan deruan angin buat aku tak mahu lepaskan peluang untuk menikmati ciptaan Ilahi ini.




            Cliffs of Moher, 120 meter tinggi dari permukaan Lautan Atlantik di Hag’s head. Satu tempat yang wajib dilawati bila berada di bumi Ireland. Terletak di County Clare dan mengambil masa lebih kurang satu jam lebih perjalanan dari Galway dengan menaiki kereta.

            Salah satu sebab kenapa tempat ni menjadi tarikan pelancong sebab tempat ni pernah jadi lokasi pengambaran filem seperti Harry Potter dan klip video untuk artis popular contohnya, Westlife. Hmm...terkenang Westlife, teringat zaman aku membesar dengan lagu-lagu dia orang. Tak pernah sangka satu hari aku dapat peluang belajar di bumi Eire ni.

            Dulu pandai berangan je dan siapa sangka kerana angan-angan tulah aku berada di tahap ni. Tanpa angan-angan impian takkan tercipta. Dan tanpa impian usaha takkan wujud. Jadi tak salah kalau nak berangan asalkan yang baik dan ada usaha untuk menjadikannya satu kenyataan.

            “Don’t be a stranger, Fi.”

            Tersentak. Aduh! Jauh kau mengelamun Fi. Entah dari mana pucuk pangkal ayat dia pun aku tak tahu. Tiba-tiba keluar statement luar kotak.

            Aku alihkan pandangan ke arah dia, tapi dia langsung tak pandang aku. Pandangan masih statik di depan. Mata aku pun mula nak menganalisa si dia.

            Kumis dan jambang halus mula tumbuh meliar di sekitar pipi dan rahang dia. Tak tahu kenapa, sejak akhir-akhir ni aku nampak penampilan Aidan lebih ‘kasar’, tegap dan macho. Aura mat jiwang yang meleleh macam dah tak ada.

            “Admiring the view?”

            Erk? Hadoiii!!! Mana nak letak muka ni?

            Cepat-cepat aku alihkan pandangan ke depan. Muka terasa panas tiba-tiba. Dari ekor mata aku nampak dia dah berpaling ke arah aku dengan senyuman yang boleh buat degupan jantung aku bertukar irama.

            “Gorgeous, isn’t it?”

            Macam double meaning je soalan dia tu. Huh! Relaks Fi. Tak payah nak gelabah sangat la.

            “Apa yang cantik?”

            Aku kalih pandang Aidan. Mata bertemu mata.

            “Semestinya pemandangan...”

            Aku baru nak tarik nafas lega, tiba-tiba dia sambung bersuara semula.

            “...yang terbias di mata Fi.”

            Nafas tersekat sekejap. Aku terlopong untuk beberapa saat. Tak sangka dia akan keluarkan ayat macam tu. Jantung pun apa lagi, makin rancak berdegup dengan rentak yang semakin laju. Haih...jangan aku dapat tachycardia dekat sini sudah.

            “You’re too sweet, you know. I almost went into diabetic shock.” Senada aku berkata. Tak nak dia tahu apa yang bergelodak dalam hati ni.

            Dia gelak besar. “Too bad.”

            Aku cebik. “Suka ke kalau Fi sakit?”

            Dia geleng kepala. “Suka kalau Fi suka.”

            Aku kerut dahi. Kenapa makin lama makin cakap dengan Aidan, ayat dia makin terasa berpusing?

            “Are you okay?”

            Dia jungkit kening sebelah. “Aren’t I?”

            Aku tarik nafas dalam. “I don’t know. Aidan buat Fi keliru.”

            “Keliru? In a good way or bad way?

            “Ada ke keliru dalam bentuk kebaikan?” Selamba. Dia senyum.

            “Fair point well made.”

            Masing-masing terdiam lepas tu. Tak ada kata yang terluah. Aku hanya berdiri peluk tubuh sambil menikmati bunyi deruan ombak yang menghempas batu di tebing tinggi ni. Dari ekor mata aku nampak dia bagai ‘hilang’ ditelan lamunan yang panjang. Mata dia tepat merenung lautan yang luas terbentang di depan.

            Dan mata mula ligat menjalankan tugas menganalisa jejaka di sebelah. Dengar dari kata Salwa dan Tim, Aidan dah ‘pulih’ dari fasa patah hati. Tapi tak tahu kenapa, jauh di sudut hati aku dapat rasakan dia belum pulih sepenuhnya.

            “Want to share your thoughts?”

            Erk! Alahai...agaknya dia ada mata lapan kut. Tu yang nampak je aku tengah curi-curi pandang dia.

            “Are you okay?”        

            Dia terus pusing kepala menghadap aku sambil jungkit kening sebelah.

            “Kenapa?”

            “Saja nak tahu.”

            “Aidan nampak tak okay ke?”

            Aku jungkit bahu. “Apparently, you look good.”

            Dia senyum segaris sebelum alihkan pandangan ke depan. “Life must go on. Mengapa perlu kenang kisah duka yang lepas sedangkan masa depan yang cerah menunggu di depan mata?”

            Buat seketika aku terkedu kejap. Memang tak dinafikan apa yang dia cakap tu betul. Tapi...adakah bermaksud dia senang melupakan orang yang pernah dia sayang?

            “Is it that simple?”

            Dia geleng kepala. “It’s never been easy, Fi. I choose to move on and learn that life is not always what I want it to be rather than mourning for someone who doesn’t appreciate me.”

            Seketika masing-masing terdiam. Hanya deruan angin dan hempasan ombak yang kedengaran. Dia kalih pandang aku sambil kuakkan rambut dia ke belakang.

            “Kecewa? Tipulah kalau tak ada perasaan macam tu. Tapi perkara yang dah terjadi tak mungkin dapat diundur kembali. She has moved on, why can’t I?

            Aku hanya mampu pandang dia. Mati kata. Apa yang dia cakap tu semua betul. Hebat juga dia mampu bertenang walaupun dah terang lagi nyata bekas kekasih dengan kawan baik tikam dari belakang.

            “Positifnya.”

            Dia terus kecilkan mata. Oppss....kenapa bunyi ayat tu macam sinis? Hadoi...apa yang kau dah cakap ni Fi?!

            “Adakah berbaloi untuk biarkan hati terus disakiti? The choice is in your hands.”

            Untuk kesekian kalinya aku terdiam lagi. Semua hujah dia betul tapi bila perkara yang melibatkan perasaan, aku rasa aku tak sekuat dia. Memang betul kita kena ‘bergerak’ meninggalkan kenangan lalu, tapi mampu ke secepat itu? Naaa...tak mungkin! Masa berubah, betul. Tapi masa juga bukan menentukan hati kita akan berubah sekelip mata.

            “Have you ever been in love?”

            Erk?! Dah kenapa dia tiba-tiba soalan luar alam? Terkebil-kebil aku pandang dia yang tepat tengah memandang aku.

            “I mean seriously in love.”

            Rasa-rasanya tak pernah. Setakat ‘teenage crushes’ tu ada la. Perlahan-lahan aku geleng kepala. “Tak.”

            Dia terus senyum. Hilang muka serius tadi. “Good.”

            Pelik!

            “Kenapa cakap macam tu?”

            “Bersyukur sebab Fi tak perlu rasa macam mana sakit akibat dikhinati.”

            Aku tayang muka blur.

“You don’t deserve such pain. You’re too good.”

Aku gelak kecil. “I’m not that good, Aidan. Sesiapa pun boleh buat Fi terluka selagi kita bergelar manusia. Terluka dan dilukai tu lumrah hidup. Perasaan tu takkan lari dari hidup kita. Mungkin satu saat dan ketika Fi juga akan rasa apa yang Aidan rasa. Sakit tu yang akan mengajar kita erti hidup. Ebner-Eschenbach once said, pain is the best teacher of mankind, beneath its breath souls develops.”

Dia angguk sambil tersenyum nipis. “Tapi Aidan harap Fi tak akan tempuhi semua tu.”

“Kalau macam tu bila Fi nak belajar?” Aku jungkit kening. Menduga.

Dia geleng kepala. “Don’t learn, then. I couldn’t bear to see you in pain.

Pelik! Dah kenapa pula dia cakap macam tu. “Is there any particular reason?”

“If some thing is meant to be, it will always find its ways. No matter how hard you’ll try to resist, it will always gravivate back towards you.”

Aikk? Macam tak ada kena mengena je. Tapi tak tahu kenapa tiba-tiba terasa degupan jantung macam berada di anak tekak. Rama-rama di dalam perut pula berterbangan dengan megah.  Oh...perasaan apakah ini?

Mata bertentang mata. Bunyi ombak dan angin bergabung menjadi satu, bagaikan irama yang beralun indah di telinga aku.

“Weh...korang!”

Serentak aku dengan Aidan berpaling ke arah Salwa yang tengah memandang. Dan entah kenapa ada rasa kecewa yang bertandang bila aku terpaksa alihkan mata dari dia. Bagaikan ada sesuatu yang cuba dia sampaikan dari mata tapi aku masih belum berjaya korek.

“Tak sejuk ke?” Soal Salwa dengan nada tinggi bila dia cuba berlawan dengan bunyi angin dan ombak.

Tak sempat aku atau Aidan nak menjawab tiba-tiba Acab dah halakan lensa kamera dia dekat kita orang.

Stay. Aku ambil gambar korang. Pemandangan cantik ni.”

Nak tak nak, aku ukirkan senyuman juga dan serentak terasa kedudukan aku dengan Aidan rapat. Bahu aku hampir bersentuh dengan lengan dia.

Klik!

Acab ambil gambar guna kamera DSLR dia, Tim pula ambil gambar guna kamera Polaroid.

“Nice shot!”

Acab angkat ibu jari sambil tengok skrin kamera, yang Tim pula tengah kibas filem. Aku senyum sambil geleng kepala. Hurm...sabar jelah.

Masa aku angkat kepala pandang orang sebelah, rupa-rupanya dia pun tengah tunduk pandang aku sama. Pandangan mata bertembung lagi. Senyuman terukir di bibir dia.

“As long as you have faith, something magical can happen. In the right time, with the right person, for the best reason.”

Dia kenyit mata sebelah, sebelum menapak ke arah empat sekawan yang tak sudah-sudah membelek gambar. Dan aku bagaikan melekat dekat situ. Otak tengah gigih memproses bait-bait ayat yang dia lontarkan.

            Dear heart, please listen to me. Don’t fall too fast if you don’t want to get broken. Sincerely, brain.

“Kau ada apa-apa ke dengan Aidan?”

            Tiba-tiba Salwa keluarkan statement berani mati masa masing-masing dah baring atas katil. Malam ni kita orang bermalam dekat Bed And Breakfast di Galway. Esok baru bertolak balik ke Dublin.

            “Apa maksud kau?” Aku buat blur.

            “Lain macam je kita orang tengok kau dengan Aidan. Macam ada sesuatu sangat.” Tim mula mencelah. Alahai…kalau dah ada dua orang bergabung jadi satu habislah aku.

            “Banyak la kau sesuatu. Aku dengan dia biasa je.”

            “Iya ke biasa? Aku tengok bukan main korang berkepit berdua masa dekat Cliffs of Moher. Ada sesuatu yang kita orang tak tahu berlaku ke?”

            Salwa dah mula masuk mood inquisition dia. Susahlah aku nak lepas kalau macam ni. Jantung dah berdebar lain macam. Nasib lampu semua dah gelap. Dia orang tak nampak ekspresi muka aku.

            “Tak ada apa-apalah. Aku dengan dia bersembang macam biasa je. Kan dah lama tak lepak sama.”

            “Kau yang jual mahal, nak elakkan diri bagai. Asal ada Aidan je mesti kau bagi macam-macam alasan. Nasib mamat tu cool.”  Tim mencelah lagi.

            “Tak ada aku pun dia okay je. Tak ada pun sakit.”

            “Di luar tu memang la okay, di dalam tu yang sakit. Sejak birthday party kau tu baru aku nampak dia ceria sikit.”

            “Ceria? Apa maksud kau Salwa?”

            “Mampu tersenyum. Tak ada la asyik nak tanya kita orang kau mana.”

            Aku kerut dahi. Kenapa dia nak cari aku?

            “Kenapa korang asyik nak match up aku dengan Aidan? Entah-entah dia tanya aku sebab aku kan kawan dia.”

            Akal cuba menidakkan kata hati. Dah aku didik hati ni supaya tak jatuh tergolek-golek. Takut disepak orang nanti.

            “Nad, kau jangan nak slow sangat boleh tak? Dari hari pertama Acab dan Rais kenalkan korang pun aku dah nampak sparks. Cara Aidan pandang kau pun lain dari kita orang tau. Cuma masa tu aku dengan Salwa tak sangka dia dah ada girlfriend.”

            Oh…please! Jangan la dia orang suntik hati aku ni lagi.

            “Betul tu. Aku setuju kata Tim. Kau tak nampak ke Aidan tengah bagi hint dekat kau. Cara dia pandang kau lain tau terutamanya lepas dia break ni.”

            Aku tarik nafas dalam. Wahai jantung, tak payah la nak berdegup laju sangat.

            “I don’t want to be his rebound girl. I don’t want to be tangled up with a man who used me to get over his ex. Love must be mutual and it takes two to make a relationship work.”

            Kan dah teremosi. Suara pun dah naik seoktaf. Harap dia orang faham perasaan aku. Jangan kerana Aidan dah putus, bermaksud aku senang-senang boleh terima dia. Hell no! Aku belum sampai tahap terdesak lagi. Suka memang suka. Tapi…hmm…banyak tapinya.

            Seketika masing-masing terdiam sebelum Salwa bersuara semula. “Sorry, Nad. I never meant to offend you.”

            “Sorry, Nad.” Tim pula mencelah.

            “Likewise. Let’s forget about this.”

            Lepas aku kata macam tu semua senyap dan tarik duvet. Mata terpejam tapi otak ligat berputar mengulang tayang cara pandangan, layanan dan kata-kata Aidan.


            Dear brain, sorry, you were right. Sincerely, heart.

0 comments :

Post a Comment