Followers

Thursday 1 December 2016

Pre-Order Bernafas Bersamamu (Kesinambungan Bernafas Tanpamu)

Assalamualaikum and Greetings,

Pre-Order for Bernafas Bersamamu (Kesinambungan Bernafas Tanpamu) is now available until 7 DEC 2016. Hurry! Grab your own copy now via Penerbitan Idea Kreatif. Limited stock available.



LIMITED EDITION Sempena Ekspo Buku 1 Malaysia
Tajuk : Bernafas Bersamamu 
(kesinambungan BERNAFAS TANPAMU)
Penulis : Xuanza
Harga : RM 22 (SM) + RM 8 (postage)
RM 25 (SM) + RM12 (postage)

Sinopsis :
Raja Aidan Dzakirin dan Nadine Saffiyah. Kisah sadis perkahwinan mereka sudah lama berakhir dalam BERNAFAS TANPAMU. Pada dasarnya, mereka nampak bahagia. Namun, ada yang masih belum cukup buat Nadine.
“Apa lagi yang tak cukup, Nadine Saffiyah?” -Aidan
“Apa lagi tak cukup?! How could you say that to me?” - Nadine
“Sugar…” - Aidan
“Don’t sugar me if you don’t mean it.”- Nadine
Apa sebenarnya yang Nadine mahu dan apa sebenarnya yang belum cukup ialah cahaya mata. Dia rasa dia tidak sempurna buat Aidan tanpa anak. Dan Nadine tak puas hati bila cadangannya untuk melaksanakan ‘Plan B’ ditolak Aidan.
“I don’t make love to you because I want a baby. I want a baby because I love you. Got it?” - Aidan
Namun, ianya tidak habis di situ. Nadine tertekan bila dapat tahu Leia sudah punya anak dan sudah bercerai dengan Irham. Lebih membuatkan dia insecure ialah anak Leia panggil Aidan papa.
“Abang pernah cakap kan? I’ll be fine as long as you’re with me. Abang dah cukup bahagia bila Fi ada di sisi. I don’t need anyone else. All I need is you. That’s enough for me.”- Aidan
Sumpah janji Aidan belum cukup buat Nadine. Dia mahu juga menjayakan ‘Plan B’.
Apa yang Nadine lakukan untuk ‘memaksa’ Aidan bersetuju dengan rancangannya? Dan adakah ianya berjaya seperti yang dirancang?

------------------------------------
ANDA BOLEH TERUS MEMBUAT BAYARAN KE
IDEA KREATIF PUBLICATION
MAYBANK :562-807-533172
CIMB: 800-722-6815
Sila email slip pembayaran & alamat ke ke info.ideakreatif@gmail.com Atau PM kami DI FB & Page.

Thursday 25 August 2016

Pre-Order Bernafas Tanpamu

Assalamualaikum and Greetings,

The one that I almost give up has finally published. Thank you so much for your tremendous support, love and prayers. For those who are curious enough to know about the ending, you can purchase your own copy via Penerbitan Idea Kreatif. 




TAJUK : Bernafas Tanpamu
PENULIS : Xuanza
Harga : RM 26(sm)/RM29(ss)

Sinopsis :
Bijaknya Aidan Dzakirin mengambil kesempatan. Mengenali Nadine Saffiyah melalui keluarga si gadis, menjadikan dia mendapat sokongan penuh. Dan apabila lamaran dihulur, Nadine tidak berupaya untuk menolak.
“Kenapa pilih Fi?"
“Because you’re too precious to lose.”
Aku pandang ke sebelah kanan. Dia tengah santai baring mengiring menghadap aku.
“Tadi suruh Fi tidur. Ini apa kes nak main pandang-pandang pulak?”
“Kumpul pahala pun tak nak?”
Ceh! Balik-balik modal tu juga yang dia guna. Dah tak ada ayat lain nak jual agaknya.
Ya! Mereka hidup bahagia walau masih berstatus pelajar di bumi asing. Sebab perkahwinan mereka atas dasar restu keluarga.
Tapi, bila tahun berganti, bila kejayaan sudah di dalam genggaman, bila gelaran doktor sudah disandang, mereka diuji dengan segala sifat ketahanan.
“I am starting to feel insecure. Fi takut kehilangan abang.”
“Selama ni Fi okey je. Kenapa perlu ada rasa tak selamat tu?”
Dan kerana naluri seorang isteri melebihi apa yang tidak terfikir oleh suami, maka Aidan yang tak bersedia hampir jatuh tersungkur menyembah bumi bila ujian yang diturunkan untuk mereka benar-benar buat Nadine tiba-tiba berubah 360 darjah.
“Aidan Dzakirin, tolong ingat yang sesuatu perhubugan ni ibarat kaca. Kadang-kadang ada baiknya biarkan ia pecah dari menyakitkan diri sendiri untuk cuba mencantumnya kembali.”
Itu kata Nadine, jadi apa pula kata Aidan? Mampukah Aidan melepaskan ‘ventilator’ hidupnya pergi? Mampukah Nadine bernafas tanpa ‘my king’nya di sisi?
------------------------------------
ANDA BOLEH TERUS MEMBUAT BAYARAN KE
IDEA KREATIF PUBLICATION
MAYBANK :562-807-533172
CIMB: 800-722-6815
Sila email slip pembayaran & alamat ke ke info.ideakreatif@gmail.com Atau PM kami DI FB & Page.
**sila buat bayaran yang secukupnya kerana BAKI TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN

Wednesday 3 February 2016

Bab 14: Bernafas Tanpamu

Aku duduk di depan Prof. Emilia dengan perut yang semakin mengecut dan jantung yang semakin laju berdegup. Terasa kesat nak telan liur sendiri bila terpandang renungan Prof. Emilia yang tepat menusuk. Rasa macam boleh tembus ke belakang kepala.

            “So, is she the love of your life that you rabbiting on?”

            Tiba-tiba hati terasa pedih dan dalam masa yang sama jadi sedih. Dari cara mom dia cakap, nampak macam dia tak suka aku. Mom dia sangat berbeza dengan ‘mak’ dia yang aku bercakap dalam Skype tadi.

            “Mother…”

            Mata Aidan melirik ke arah aku. Jelas nampak dia tak senang dengan cara Prof. Emilia bercakap.

            Mom Aidan aka Profesor Datin Ir Doktor Emilia Ismail jungkit kening pandang Aidan. Gaya-are-you-threatening-me?

            Aidan tarik nafas berat. “Mom, I kan dah inform you hari tu. I nak kahwin dengan Fi.”

            Uh? Macam ni ke gaya Aidan bercakap dengan mom dia? Berbeza betul dengan cara dia bercakap dengan ‘mak’ dia.

            “You pasti?”

            Mata mom Aidan tajam renung dia. Huh! Kalau aku jadi pelajar Prof. Emilia, mahu kecut je nak masuk kelas.

            “I am so damn sure, mom. Stop doubting me.”

            Muka Aidan berkerut. Jelas dia tak puas hati.

            “Salah ke I tanya? You’re my son. I tak nak you buat silap.”

            Aidan mengeluh. “I pasti kali ni. You tak perlu risau.”

            Mata Prof. Emilia beralih pula pada aku. Automatik badan aku jadi keras balik.

            “What about your ex? Dia tahu pasal tu?”

            “She knows everything.”

            Aidan berkata penuh yakin sebelum pandang ke arah aku. Dia kerdipkan mata dan tersenyum nipis. Cuba tenangkan aku yang semakin panas punggung walaupun suasana di restoran Skylon Hotel ni cukup selesa.

            Dari ekor mata, aku perasan pandangan Prof. Emilia tajam memerhati gerak-geri aku dengan Aidan.

            “You tinggalkan I dengan dia.”

            Tiba-tiba Prof. Emilia bersuara. Aku terkesima, Aidan tayang muka terkejut.

            “Why?”

            “I nak bercakap dengan dia tanpa you.”

            “She’s got a name, mom! Her name is Nadine Saffiyah.” Satu-persatu Aidan sebut nama aku. Wajah Aidan tegang. Aku makin tak selesa bila diri jadi punca dua beranak ni bertelagah.

            Prof. Emilia kecilkan mata. “Please leave us alone. I’d like a word with Nadine Saffiyah.”

            Serius seram bila Prof. Emilia sebut nama penuh aku. Tegak bulu roma. Abah sebut nama aku pun tak rasa seseram macam ni. Tapi dalam masa yang sama, di sudut hati yang paling dalam ada rasa tersinggung. Nampak Prof. Emilia terpaksa sebut. Jijik sangat ke nak sebut nama aku tu?

            “Kenapa I kena ikut kata you?” Aidan mencabar.

             Aduh! Kenapa tegang sangat hubungan ibu dengan anak ni? Macam bukan anak beranak je. Langsung tak ada kemesraan.

            “Comply, or any chance you might have will be gone.”

            Aidan tarik nafas kasar sebelum bersandar di kerusi. Muka tak payah cakap. Tegang habis.

            “Fine! But please be gentle. I want her back in one piece.”

            Prof. Emilia senyum, tapi nampak sinis. “She’s not fragile and I’m not a monster. So why don’t you shush and leave us.”

            Urgh! Setepek kena dekat muka. Merah terus muka Aidan. Dan aku pula makin rasa berdebar bila Aidan bangun dari kerusi. Sebelum tinggalkan aku, Aidan pandang aku dan angguk. Cuba yakinkan aku walaupun tahap keyakinan aku dibawah paras sifar.

            Bila kelibat Aidan hilang, baru aku beranikan diri pandang Prof. Emilia. Mata dia tepat pandang aku. Sekejapan tiada kata yang terluah. Aku makin tak senang duduk, tapi mom Aidan ni boleh selamba kacau teh Earl Grey Twinnings dia yang masih berasap nipis dengan muka tenang.

            “Dah lama kenal Aidan?” soal Prof. Emilia lepas letakkan cawan di piring.

            “Tak sampai setahun.”

            “Yakin nak berkongsi hidup dengan dia?”

            “Inshaa Allah.”

            “Dah bersedia nak pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan dalam masa yang sama tak abaikan pelajaran?”

            Gulp! Bertubi-tubi soalan diajukan. Gaya macam pergi temuduga. Dalam dada ni tak payah cakap la. Berdebar.

            “Ya.”

            Prof. Emilia kecilkan mata. “I tak suka pelajar yang abaikan pelajaran semata-mata kerana cinta. Matlamat utama datang sini untuk belajar. Cinta boleh datang dan pergi, tapi peluang menimba ilmu di luar negara bukan datang berkali-kali.”

            Deep! Makan dalam sungguh ayat Prof. Emilia. Pijar sekejap muka. Nampak sangat aku ni gatal tak sabar nak kahwin dengan anak dia.

            “Saya faham dan sedar tujuan utama datang sini untuk belajar, tapi…”

            Aku gigit bibir bawah. Tak jadi nak terus sambungkan ayat. Haih…seram betul tengok renungan mata Prof. Emilia. Macam boleh baca apa yang tersirat dalam hati aku.

            “Tapi?” Prof. Emilia jungkit kening. Gaya beri isyarat suruh aku sudahkan ayat yang tergantung.

            “Jodoh tu rahsia Allah. Saya serahkan pada Dia untuk tentukan apa yang terbaik untuk saya. Andai kata tertulis jodoh saya datang secepat ni saya terima dan kalau bukan pun saya terima juga. Bagi saya ilmu duaniawi dan ukhrawi kena seimbang dan cukup. Inshaa Allah, bila semuanya mantap, kita takkan tersasar dari matlamat sebenar.”

            Lepas cakap macam tu aku diam. Menanti dan terus menanti untuk Prof. Emilia bersuara. Malangnya dia hanya diam seribu bahasa. Masih memerhatikan aku dengan mata helang.
            Mula la aku pun makin menggelisah duduk. Serba-serbi tak kena.

            “Well said, Nadine Saffiyah.”

            Bersuara juga akhirnya Prof. Emilia. Tak sinis tapi aku tetap juga gementar walaupun aku yakin dengan kata-kata sendiri.

            “Apa yang you nampak pada Aidan? Apa keistimewaan dia di mata you?”

            Ohooiii…nak jawab soalan supervisor pun tak sesusah macam ni. Soalan maut tahap nak terpenggal kepala rasanya.

            Aku terdiam kejap. Tangan yang makin berpeluh aku genggam sambil otak bekerja keras mencari kata-kata yang sesuai.

            “Saya nampak Aidan Dzakirin.”

            Terangkat kening Prof. Emilia bila cakap macam tu.

            “Mind to elaborate?”

            Aku senyum segaris. “Tak ada ayat yang sesuai untuk meluahkan di bibir apa yang saya nampak tentang Aidan. Hanya akal yang menganalisa dan hati yang mengetahui keistimewaan Aidan. Istimewanya seorang Aidan tak perlu dituturkan dengan percakapan sebab kata-kata tak mampu menggambarkan keistimewaan sebenar Aidan di mata saya.”

            Jeda. Prof. Emilia masih tepat pandang aku. Tak ada tanda-tanda untuk mengalihkan pandangan dari muka aku.

            “Can you do me a favor?”

            Terkelip-kelip mata aku pandang Prof. Emilia. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba ayat tu yang keluar dari mulut dia lepas agak lama mendiamkan diri.

            “Sure.”

            Separuh teragak-agak aku berkata. Tak pasti apa yang dia nak suruh aku buat.

            “Make him the happiest man in the world. Will you?

            Uh? Aku terkedu. Otak masih gagal menangkap ayat yang baru dituturkan Prof. Emilia.

            “Nadine?”

            Buat pertama kali aku rasa kelembutan bila Prof. Emilia seru nama aku.

            “Ya.”

            “Janji dengan I you akan bahagiakan Aidan, hormati dia, sayangi dia, setia dengan dia, jadikan dia peneman di kala susah dan senang, sihat mahupun sakit.”

            “Ya.”

            Ada satu perasaan yang tengah menyelinap masuk dalam hati. Sungguh buat aku terharu. Kasih seorang ibu terbias di mata Prof. Emilia yang nampak tegas.

            “Kalau you tak tepati janji you, you akan berdepan dengan I. Deal?”

            Seram weh! Tapi aku angguk juga “Ya, Prof. Emilia.”

            Prof. Emilia tersenyum. Terkebil-kebil aku kejap. Subhanallah! Cantik. Baru sekarang aku nampak mana datangnya genetik Aidan ni. Baru aku percaya kalau orang  cakap ni mom Aidan. Berbeza dengan mak.

            “Nadine bukan pelajar aunty. Don’t call me, Prof.

            Oppsss…

            Aku sengih. “Sorry Prof. Err..Aunty.”

            Aunty Emilia senyum sebelum sisip teh dia. Aku ikut sama. Barulah boleh senang hati sikit nak basahkan tekak. Tadi terasa segala gerak-geri aku diperhatikan. Bagaikan pemburu yang menunggu masa untuk menembak.

             “I dapat tahu Nadine dah berjumpa dengan mak dan abah Aidan, betul ke?”

            Aku letak cawan atas piring. Cepat betul info tersebar. Teknologi zaman sekarang.

            “Ya, aunty. Baru kejap tadi saya dengan Aidan Skype dengan mak dan abah Aidan.”

            “Hmm…Aidan memang rapat dengan mereka. Untuk pengetahuan Nadine, mereka tu pengasuh Aidan masa kecil dulu.”

            Oh…patutlah Aidan rapat dengan dia orang.

            “Masa I tengah sambung PhD, Aidan banyak tinggal dengan mereka. Uncle pula sibuk outstation. Jadi kami kurang luangkan masa bersama dengan Aidan. Sebab tu Aidan lebih rapat dengan mereka.”

            Air muka Aunty Emilia berubah mendung. Ada nada kecil hati di hujung ayat Aunty Emilia. Hadoi…janganlah cakap Aidan dah kecilkan hati ibu kandung dia sendiri pasal hal ni. Kalau la aku tahu hal yang sebenar, memang aku akan pastikan Aidan bagitahu mak, ayah kandung dia dulu.

            “Time’s up, mom. I’m sorry I couldn’t wait any longer.”

            Tiba-tiba Aidan muncul dan berdiri di sebelah sofa aku duduk. Air muka Aunty Emilia automatik berubah serius.

            “Join us, then. Have a seat.”

            Aidan pandang aku masa dia ambil tempat duduk sofa sebelah aku dengan gaya-are-you-okay?

            Aku tayang muka kosong. Tak mahu bagi respon apa-apa. Biar Aunty Emilia yang bersuara.

            “You cakap apa ni, mom?” Aidan tayang muka curiga. Dia pandang aku dengan Aunty Emilia bersilih ganti.

            “You, her and compatibility.”

            “Mother!”

            Tiba-tiba Aidan bersuara agak tinggi. Muka tegang semacam.

            “Nadine perlu kenal you dulu Aidan. Mom perlu tahu sejauh mana Nadine sesuai untuk jadi isteri Aidan.”

            “She fits enough, mom. Aidan kenal siapa Nadine Safiyyah.”

            Mata Aunty Emilia melirik penuh makna ke arah aku sebelum mengecilkan mata bila bertemu pandang dengan Aidan.

            “Raja Aidan Dzakirin…perkahwinan bukan SmartTAG atau Touch ‘n Go ya. Tak ada juga tempoh probation yang mana you boleh walk out sesuka hati. You pasti you dah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan? You pasti you boleh handle study dan perkahwinan you?”

            Kali ni aku pula yang terkejut. Tak pernah pun dia sebut tentang nama penuh dia. Hanya sekali je yang aku dengar. Itupun depan Abang Am. Tapi masa tu aku ingat dia main-main.

            Aidan tarik nafas kasar. “Mom, pernah ke you dengar I sebut pasal kahwin sebelum ni?”

            Kali Aunty Emilia yang terjungkit kening. Tapi masih diam.

            “I know what I’m doing, mom. I won’t mention about marriage if I’m not ready for commitment.”

            “Really? So tell me what’s your plan?”

            “Macam yang I bagitahu mom, I nak nikah dengan Fi di sini. I dah minta izin dengan family Fi untuk melamar dia.”

            Aunty Emilia tersenyum sikit sambil geleng kepala. Aku yang memerhatikan perbualan dua beranak ni makin tak selesa. Aku pun terlibat sama dalam topik yang dia orang bualkan tapi aku rasa dipinggirkan dan tak tahu apa-apa. Mula la rasa menyampah pun datang.

            “No.”

            “What?!”

            “You heard.”

            Serentak Aidan merengus kasar dan palingkan muka ke tepi. Jelas nampak dia tengah kawal kemarahan. Dan masa tu juga la pandangan aku bertembung dengan Aunty Emilia. Dia senyum segaris sebelum capai cawan teh.


            Dan aku terpinga-pinga dekat situ. Apakah?

P/s: Last chapter on blog. Thank you for all your support ; ]

Wednesday 20 January 2016

Bab 13: Bernafas Tanpamu

Aku lilitkan shawl di kepala sebelum tolak tingkap ke luar. Aku pandang ke bawah. Aidan segak berdiri di laman belakang dengan sekuntum bunga ros merah di tangan. Dia mendongak pandang aku.
"Will you pick up your rose, Nadine Saffiyah?"
Aku senyum dan akhirnya tergelak kecil.
"What are you doing, Aidan?"
Penampilan dia sangat suave hari ni. Dengan blazer hitam dan t-shirt kait lengan panjang berwarna kelabu dipadankan dengan seluar jeans gelap.
"Trying to put a smile on my woman's face."
Aku senyum makin lebar.
"Are you coming or not?"
"Tunggu kejap." Aku terus pusing belakang. Dua orang manusia di sebelah aku terus tersengih lebar.
"Thanks korang. I owe you big time."
Aku peluk sorang-sorang sebelum berjalan laju turun bawah menuju ke belakang rumah. Sebaik aku buka pintu Aidan dah menunggu dengan senyuman. Aku terus sarung selipar dan melangkah keluar.
Tidak jauh dari situ aku nampak Rais dengan Acab menunggu dengan kamera di tangan. Di atasa meja kayu dah tersusun kotak-kotak pizza, sosej, nasi goreng dan air minuman ringan.
"For you." Aidan hulurkan bunga tu.
"Thanks."
"My pleasure."
"Bila buat semua ni?" soal aku.
"Tadi. Masa Fi ada dekat atas."
Aku angguk.
"Jom makan!" Rais mencelah. Lepas tu baru Tim dengan Salwa keluar dengan pinggan dan cawan plastik.
Selesai makan, masing-masing ambil tugas untuk kemas barang. Masa empat sekawan tengah rancak bersembang antara satu sama lain, Aidan ambil peluang untuk berdiri sebelah aku.
"So...Fi dah buat keputusan?" soal dia lembut.
"Sorry. Belum." Aku susun kotak pizza yang dah kosong. Langsung tak pandang muka dia.
"It's okay. Esok Fi free tak?"
Aku angkat muka. "Kenapa?"
"Mak nak jumpa."
Mak? Oh...dia nak bawa aku jumpa mak dia ke?
"Mak Aidan datang sini ke?"
Dia senyum sambil geleng kepala. "Tak. Skype je. Aidan dah janji dengan mak nak kenalkan Fi."
Aku lega separuh. Separuh lagi masih lagi cuak nak berjumpa dengan mak dia. Tapi saat inilah yang aku tunggu. Aku perlu bersemuka dengan keluarga dia dulu sebelum bagi keputusan pada dia walaupun tiga suku daripada hati dah kata ya.
"Pukul berapa nak jumpa?"
"Aidan datang sini pukul 11 esok. Kita minum dekat Costa Trinity."
"Fine."
Lepas cakap macam tu aku terus bergerak jauhkan diri dari dia. Rasa segan sangat bila berdiri sebelah dia. Dan yang paling utama jantung aku ni dah tak reti nak berdegup secara normal. Tiba-tiba rasa macam budak belasan tahun yang baru nak kenal hidup pula.
Hish...mengarut!
"Are you ready?" soal Aidan sementara tunggu panggilan video bersambung.
Aku sedut oksigen yang bercampur dengan aroma kopi dalam-dalam. Aku angguk dalam gementar tapi ini yang aku nak. Kata orang, kalau kita nak kenal peribadi seseorang lelaki tu macam mana, kita kena tengok macam mana dia bercakap dengan keluarga dia.
Tangan aku letak atas riba dengan jari erat genggam blaus yang aku pakai. Peluh sejuk dah tapak tangan ni.
"Don't worry much. Mak bukan makan orang pun."
Aidan senyum dengan gaya tenang. Hadoi... aku tak tahu la macam mana mamat ni boleh berani call abah dengan abang-abang aku sendiri. Aku rasa keyakinan dia ni memang tahap A++ la kut.
"Assalamualaikum, mak."
Tertera wajah mak Aidan di skrin Macbook dia. Di sebelah mak Aidan aku agak ayah dia.
"Waalaikumsalam."
"Mak, ni Aidan kenalkan Nadine Saffiyah."
"Ini ke orangnya. Hmm...cantik. Sepadan dengan nama. Ni mak cik nak panggil apa?"
Aku senyum. Cuba tenangkan diri walaupun degupan jantung ni dah berlari dengan pecutan kuasa kuda. Cuak kut!
"Assalamualaikum, mak cik. Panggil saya Fi je."
Dari ekor mata aku perasan Aidan dah tersenyum-senyum. Tahu sangat aku tengah cuak dan kekok tahap gaban.
"Alhamdulillah. Dapat juga pak cik dengan mak cik jumpa dengan Fi. Selama ni dengar cerita dari Aidan je."
"Iya ke? Harap tak ada unsur tokok tambah la ya." Aku toleh pandang Aidan sekilas.
"Mana ada! I told them the truth."
Aku julingkan mata ke atas sebelum pandang skrin balik. Jelas nampak mak dengan ayah Aidan tengah senyum. Bila tengok wajah dia orang betul-betul tak ada pula iras Aidan. Dan dia orang nampak macam dah berusia sikit. Aku rasa mak dengan ayah Aidan lebih tua dari mak dan abah.
Aku sedia maklum keluarga Aidan sekarang menetap di Cameron Highland. Dia hanya ada tiga adik-beradik je. Dia anak yang sulung dan dua orang lagi adik perempuan.
"Mak cik dengar Fi masih belum ada jawapan lagi untuk lamaran Aidan. Boleh mak cik tahu kenapa?" Lembut je suara mak dia. Terserlah gaya rendah diri penuh sopan. Ayah dia pun nampak biasa-biasa je.
Aku pandang sekilas dekat Aidan. Tapi macam biasa dia tenang. Tak ada tanda-tanda nak tolong cover. Ceh!
"Sebenarnya saya risau mak cik dengan pak cik tak dapat terima saya. Kalau boleh saya nak kenal-kenal dulu dengan mak cik dan pak cik."
"Mak cik faham. Lamaran Aidan ni memang datang secara tiba-tiba. Sebelum Aidan minta izin dengan keluarga Fi untuk melamar Fi, Aidan ada bagitahu mak cik dan pak cik pasal hal ni. Mula-mula memang kami terkejut, tapi bila tengok cara Aidan cerita pasal Fi, mak cik dan pak cik yakin dengan keputusan Aidan."
Wow...nampaknya lelaki sebelah aku ni memang dah buat persiapan rapi. Dia tahu apa yang dia nak buat. Sepuluh markah tambah di situ.
"Fi janganlah risau tentang kami. Asalkan perempuan yang Aidan pilih boleh jaga dia dengan baik kami restu. Pak cik dan mak cik yakin Aidan boleh buat keputusan dengan bijak untuk masa depan. Lagipun kamu berdua jauh, eloklah kalau ada ikatan yang sah. Tak ada la kami di Malaysia ni risau sangat." Kata ayah dia pula.
Nampaknya mak dengan ayah Aidan pun dah bagi lampu hijau. Dia orang pun nampak baik-baik je. Tak ada pula gaya riak tak suka dengan aku.
"Jangan risau ayah, mak. Aidan cuma tunggu lampu hijau dari orang sebelah ni je. Kalau dia kata ya, esok juga Aidan suruh mak dengan ayah pergi hantar rombongan meminang."
Waaahhh...si suave ni cakap memang tak pakai penapis. Pijar rasa muka bila tengok mak dengan ayah berpandangan sebelum gelak.
"Hai...cuba bawa bersabar dulu. Tak lari gunung dikejar."
Lepas mak Aidan cakap macam tu aku perasan muka Aidan berubah. Senyuman dia terus mati.
"Gunung boleh bergerak mak siap boleh kena kebas dengan orang lagi."
Ayah dengan mak Aidan bertukar pandangan sekejap sebelum pandang ke skrin balik. "Jangan cakap macam tu, nak. Kalau Fi jodoh Aidan, inshaa Allah tak lari ke mana."
Aku tarik nafas dalam. Terkesan dengan kata-kata dia. Aku pandang Aidan sekilas. Tak sangka dia juga tengah pandang aku rupa-rupanya. Kali ni pandangan dia nampak serius dan menusuk.
"If you run away, I will definitely chase you..and I'll find you."
"If you're willing to chase me, I promise I'll run slow."
Perlahan-lahan riak tegang dia bertukar tenang dan berakhir dengan senyuman. "Don't run. Just take my hand and walk with me."
Aku senyum sebagai balasan. Hati makin positif untuk terima dia.
"Ehem...nampaknya memang kena hantar rombongan meminang cepat-cepat ni."
Haila...malunya bila mak dia cakap macam tu! Ini semua Aidan punya pasal.
"Inshaa Allah, nanti kami bincang dengan keluarga Aidan dan Fi dalam masa terdekat ni."
Eh? Macam pelik je dengar bunyi ayah dia. Hurm..mungkin bincang dengan sedara-mara dia yang lain kut.
Selesai bercakap dengan mak dan ayah dia, Aidan terus tutup Macbook dan bersandar di sofa. Santai dan tenang. Mata tak lepas renung aku dengan sebelah tangan menongkat kepala.
Mulalah rama-rama pun nak terbang megah mengibarkan sayap yang berwarna-warni.
"So?"
"Hantar rombongan meminang. Tunggu apa kata abah dengan mak."
Aidan makin senyum lebar. "I will."
Aku capai cawan latte dan sisip perlahan. Cuba larikan pandangan mata dari dia.
"Kenapa tak yakin dengan kata-kata Aidan bila Aidan cakap keluarga tak kisah dengan hubungan kita?" Tembak dia tiba-tiba.
Perlahan-lahan aku letak cawan atas piring sebelum pandang dia balik. "Fi perlukan kepastian. Perkahwinan bukan penyatuan antara kita je, tapi keluarga juga. Fi tak naklah keluarga tak restu dengan hubungan ni. Susah hidup tanpa restu nanti."
Aidan senyum. "Sebab tu Aidan pilih Fi jadi teman Aidan seumur hidup. You know what you're doing. You never let your emotions overpowering your intelligence. Hampir kering idea Aidan nak 'mengayat' Fi dibuatnya."
Aku gelak. Tak sangka aku akan dengar pengakuan tu dari mulut dia.
"My brother says, if a man wants me, nothing can keep him away. He will fight for me until the last drop of sweat."
Aidan kecilkan mata. "Are you testing me?"
Aku jungkit bahu dan capai balik cawan latte. Sengaja alihkan pandangan mata. Dari ekor mata aku nampak dia hanya senyum dan geleng kepala sebelum capai cawan espresso dia. Lepas habiskan minuman dan berbincang sikit pasal perancangan keluarga dia untuk melamar aku, Aidan dan aku keluar dari Costa.
Aku dengan dia berjalan menghala ke arah O'Connell Street Lower. Saja nak habiskan masa ke bandar. Masa aku dengan Aidan hampir melangkah masuk ke Penneys, tiba-tiba terdengar ada orang panggil nama Aidan.
Aku dengan dia berhenti melangkah. Aidan pandang aku sekilas sebelum pusing ke belakang. Aku ikut sama lepas tu.
Seorang wanita yang agak berusia tapi masih anggun bergaya tengah pandang aku dengan Aidan bersilih-ganti. Dia berjalan menghampiri kita orang. Aidan jelas nampak terkejut.
"Mom, what are you doing here?"
Mom?! Giliran aku pula pandang wanita tu dengan Aidan bersilih-ganti.
"Sejak bila I tak boleh melawat you lagi?"
Aidan geleng kepala. "Sorry."
Lepas tu dia terus peluk dan cium pipi wanita tu. Aku pula yang terpinga-pinga tengok gelagat dia orang.
"I believe you should give us a proper introduction, don't you?"
Wanita tu pandang Aidan dan aku. Tapi tangan dia masih berlingkar di pinggang Aidan. Tiba-tiba aku terasa macam orang asing dekat sini.
"Oh, sorry, my mistake. I'm so surprised to see you here, mother." Aidan senyum dan pandang aku semula.
"Mom, this Nadine Saffiyah and Fi, this is my mother."
What?! Aku dah keliru sekarang ni. Berapa orang mak yang dia ada? Bukan ke aku dah berjumpa dengan mak dia tadi?
"This is my biological mother." Aidan sambung lagi. Mungkin dia perasan aku nampak lost di sini.
Aku terkebil-kebil pandang wanita di depan aku. Anggun dan bergaya sungguh. Dengan coat yang nampak eksklusif, tudung sah-sah dari Burberry, tailored pants yang nampak mahal dan beg tangan Birkin. Pergh! Dari atas kepala sampai ke kaki semuanya haute couture.
Tiba-tiba aku jadi kaku. Tak tahu apa yang patut aku buat. Mom Aidan terus hulurkan tangan dulu. Perlahan-lahan aku sambut dengan rasa malu dan bersalah.
"Saya Nadine Saffiyah." Hampir tak terkeluar suara aku dibuatnya. Aku cium tangan dia sebelum dia lepaskan tangan aku. Mom Aidan angguk sekali. Tak ada senyuman yang terhias di bibir dia. Ini yang buat aku makin cuak.
"Saya Profesor Datin Ir. Dr. Emilia Ismail. Ibu kandung Aidan."
Aku pasti air muka aku berubah. Hampir tak tertelan air liur dibuatnya. Aku pandang wajah Aidan. Dia pun berubah air muka tapi tak kata apa-apa. Satu persatu gelaran mom Aidan terlintas di kepala.
Gulp!
Profesor! Datin! Ir! Doktor!
Matilanakkk!!!