Followers

Wednesday, 20 January 2016

Bab 13: Bernafas Tanpamu

Aku lilitkan shawl di kepala sebelum tolak tingkap ke luar. Aku pandang ke bawah. Aidan segak berdiri di laman belakang dengan sekuntum bunga ros merah di tangan. Dia mendongak pandang aku.
"Will you pick up your rose, Nadine Saffiyah?"
Aku senyum dan akhirnya tergelak kecil.
"What are you doing, Aidan?"
Penampilan dia sangat suave hari ni. Dengan blazer hitam dan t-shirt kait lengan panjang berwarna kelabu dipadankan dengan seluar jeans gelap.
"Trying to put a smile on my woman's face."
Aku senyum makin lebar.
"Are you coming or not?"
"Tunggu kejap." Aku terus pusing belakang. Dua orang manusia di sebelah aku terus tersengih lebar.
"Thanks korang. I owe you big time."
Aku peluk sorang-sorang sebelum berjalan laju turun bawah menuju ke belakang rumah. Sebaik aku buka pintu Aidan dah menunggu dengan senyuman. Aku terus sarung selipar dan melangkah keluar.
Tidak jauh dari situ aku nampak Rais dengan Acab menunggu dengan kamera di tangan. Di atasa meja kayu dah tersusun kotak-kotak pizza, sosej, nasi goreng dan air minuman ringan.
"For you." Aidan hulurkan bunga tu.
"Thanks."
"My pleasure."
"Bila buat semua ni?" soal aku.
"Tadi. Masa Fi ada dekat atas."
Aku angguk.
"Jom makan!" Rais mencelah. Lepas tu baru Tim dengan Salwa keluar dengan pinggan dan cawan plastik.
Selesai makan, masing-masing ambil tugas untuk kemas barang. Masa empat sekawan tengah rancak bersembang antara satu sama lain, Aidan ambil peluang untuk berdiri sebelah aku.
"So...Fi dah buat keputusan?" soal dia lembut.
"Sorry. Belum." Aku susun kotak pizza yang dah kosong. Langsung tak pandang muka dia.
"It's okay. Esok Fi free tak?"
Aku angkat muka. "Kenapa?"
"Mak nak jumpa."
Mak? Oh...dia nak bawa aku jumpa mak dia ke?
"Mak Aidan datang sini ke?"
Dia senyum sambil geleng kepala. "Tak. Skype je. Aidan dah janji dengan mak nak kenalkan Fi."
Aku lega separuh. Separuh lagi masih lagi cuak nak berjumpa dengan mak dia. Tapi saat inilah yang aku tunggu. Aku perlu bersemuka dengan keluarga dia dulu sebelum bagi keputusan pada dia walaupun tiga suku daripada hati dah kata ya.
"Pukul berapa nak jumpa?"
"Aidan datang sini pukul 11 esok. Kita minum dekat Costa Trinity."
"Fine."
Lepas cakap macam tu aku terus bergerak jauhkan diri dari dia. Rasa segan sangat bila berdiri sebelah dia. Dan yang paling utama jantung aku ni dah tak reti nak berdegup secara normal. Tiba-tiba rasa macam budak belasan tahun yang baru nak kenal hidup pula.
Hish...mengarut!
"Are you ready?" soal Aidan sementara tunggu panggilan video bersambung.
Aku sedut oksigen yang bercampur dengan aroma kopi dalam-dalam. Aku angguk dalam gementar tapi ini yang aku nak. Kata orang, kalau kita nak kenal peribadi seseorang lelaki tu macam mana, kita kena tengok macam mana dia bercakap dengan keluarga dia.
Tangan aku letak atas riba dengan jari erat genggam blaus yang aku pakai. Peluh sejuk dah tapak tangan ni.
"Don't worry much. Mak bukan makan orang pun."
Aidan senyum dengan gaya tenang. Hadoi... aku tak tahu la macam mana mamat ni boleh berani call abah dengan abang-abang aku sendiri. Aku rasa keyakinan dia ni memang tahap A++ la kut.
"Assalamualaikum, mak."
Tertera wajah mak Aidan di skrin Macbook dia. Di sebelah mak Aidan aku agak ayah dia.
"Waalaikumsalam."
"Mak, ni Aidan kenalkan Nadine Saffiyah."
"Ini ke orangnya. Hmm...cantik. Sepadan dengan nama. Ni mak cik nak panggil apa?"
Aku senyum. Cuba tenangkan diri walaupun degupan jantung ni dah berlari dengan pecutan kuasa kuda. Cuak kut!
"Assalamualaikum, mak cik. Panggil saya Fi je."
Dari ekor mata aku perasan Aidan dah tersenyum-senyum. Tahu sangat aku tengah cuak dan kekok tahap gaban.
"Alhamdulillah. Dapat juga pak cik dengan mak cik jumpa dengan Fi. Selama ni dengar cerita dari Aidan je."
"Iya ke? Harap tak ada unsur tokok tambah la ya." Aku toleh pandang Aidan sekilas.
"Mana ada! I told them the truth."
Aku julingkan mata ke atas sebelum pandang skrin balik. Jelas nampak mak dengan ayah Aidan tengah senyum. Bila tengok wajah dia orang betul-betul tak ada pula iras Aidan. Dan dia orang nampak macam dah berusia sikit. Aku rasa mak dengan ayah Aidan lebih tua dari mak dan abah.
Aku sedia maklum keluarga Aidan sekarang menetap di Cameron Highland. Dia hanya ada tiga adik-beradik je. Dia anak yang sulung dan dua orang lagi adik perempuan.
"Mak cik dengar Fi masih belum ada jawapan lagi untuk lamaran Aidan. Boleh mak cik tahu kenapa?" Lembut je suara mak dia. Terserlah gaya rendah diri penuh sopan. Ayah dia pun nampak biasa-biasa je.
Aku pandang sekilas dekat Aidan. Tapi macam biasa dia tenang. Tak ada tanda-tanda nak tolong cover. Ceh!
"Sebenarnya saya risau mak cik dengan pak cik tak dapat terima saya. Kalau boleh saya nak kenal-kenal dulu dengan mak cik dan pak cik."
"Mak cik faham. Lamaran Aidan ni memang datang secara tiba-tiba. Sebelum Aidan minta izin dengan keluarga Fi untuk melamar Fi, Aidan ada bagitahu mak cik dan pak cik pasal hal ni. Mula-mula memang kami terkejut, tapi bila tengok cara Aidan cerita pasal Fi, mak cik dan pak cik yakin dengan keputusan Aidan."
Wow...nampaknya lelaki sebelah aku ni memang dah buat persiapan rapi. Dia tahu apa yang dia nak buat. Sepuluh markah tambah di situ.
"Fi janganlah risau tentang kami. Asalkan perempuan yang Aidan pilih boleh jaga dia dengan baik kami restu. Pak cik dan mak cik yakin Aidan boleh buat keputusan dengan bijak untuk masa depan. Lagipun kamu berdua jauh, eloklah kalau ada ikatan yang sah. Tak ada la kami di Malaysia ni risau sangat." Kata ayah dia pula.
Nampaknya mak dengan ayah Aidan pun dah bagi lampu hijau. Dia orang pun nampak baik-baik je. Tak ada pula gaya riak tak suka dengan aku.
"Jangan risau ayah, mak. Aidan cuma tunggu lampu hijau dari orang sebelah ni je. Kalau dia kata ya, esok juga Aidan suruh mak dengan ayah pergi hantar rombongan meminang."
Waaahhh...si suave ni cakap memang tak pakai penapis. Pijar rasa muka bila tengok mak dengan ayah berpandangan sebelum gelak.
"Hai...cuba bawa bersabar dulu. Tak lari gunung dikejar."
Lepas mak Aidan cakap macam tu aku perasan muka Aidan berubah. Senyuman dia terus mati.
"Gunung boleh bergerak mak siap boleh kena kebas dengan orang lagi."
Ayah dengan mak Aidan bertukar pandangan sekejap sebelum pandang ke skrin balik. "Jangan cakap macam tu, nak. Kalau Fi jodoh Aidan, inshaa Allah tak lari ke mana."
Aku tarik nafas dalam. Terkesan dengan kata-kata dia. Aku pandang Aidan sekilas. Tak sangka dia juga tengah pandang aku rupa-rupanya. Kali ni pandangan dia nampak serius dan menusuk.
"If you run away, I will definitely chase you..and I'll find you."
"If you're willing to chase me, I promise I'll run slow."
Perlahan-lahan riak tegang dia bertukar tenang dan berakhir dengan senyuman. "Don't run. Just take my hand and walk with me."
Aku senyum sebagai balasan. Hati makin positif untuk terima dia.
"Ehem...nampaknya memang kena hantar rombongan meminang cepat-cepat ni."
Haila...malunya bila mak dia cakap macam tu! Ini semua Aidan punya pasal.
"Inshaa Allah, nanti kami bincang dengan keluarga Aidan dan Fi dalam masa terdekat ni."
Eh? Macam pelik je dengar bunyi ayah dia. Hurm..mungkin bincang dengan sedara-mara dia yang lain kut.
Selesai bercakap dengan mak dan ayah dia, Aidan terus tutup Macbook dan bersandar di sofa. Santai dan tenang. Mata tak lepas renung aku dengan sebelah tangan menongkat kepala.
Mulalah rama-rama pun nak terbang megah mengibarkan sayap yang berwarna-warni.
"So?"
"Hantar rombongan meminang. Tunggu apa kata abah dengan mak."
Aidan makin senyum lebar. "I will."
Aku capai cawan latte dan sisip perlahan. Cuba larikan pandangan mata dari dia.
"Kenapa tak yakin dengan kata-kata Aidan bila Aidan cakap keluarga tak kisah dengan hubungan kita?" Tembak dia tiba-tiba.
Perlahan-lahan aku letak cawan atas piring sebelum pandang dia balik. "Fi perlukan kepastian. Perkahwinan bukan penyatuan antara kita je, tapi keluarga juga. Fi tak naklah keluarga tak restu dengan hubungan ni. Susah hidup tanpa restu nanti."
Aidan senyum. "Sebab tu Aidan pilih Fi jadi teman Aidan seumur hidup. You know what you're doing. You never let your emotions overpowering your intelligence. Hampir kering idea Aidan nak 'mengayat' Fi dibuatnya."
Aku gelak. Tak sangka aku akan dengar pengakuan tu dari mulut dia.
"My brother says, if a man wants me, nothing can keep him away. He will fight for me until the last drop of sweat."
Aidan kecilkan mata. "Are you testing me?"
Aku jungkit bahu dan capai balik cawan latte. Sengaja alihkan pandangan mata. Dari ekor mata aku nampak dia hanya senyum dan geleng kepala sebelum capai cawan espresso dia. Lepas habiskan minuman dan berbincang sikit pasal perancangan keluarga dia untuk melamar aku, Aidan dan aku keluar dari Costa.
Aku dengan dia berjalan menghala ke arah O'Connell Street Lower. Saja nak habiskan masa ke bandar. Masa aku dengan Aidan hampir melangkah masuk ke Penneys, tiba-tiba terdengar ada orang panggil nama Aidan.
Aku dengan dia berhenti melangkah. Aidan pandang aku sekilas sebelum pusing ke belakang. Aku ikut sama lepas tu.
Seorang wanita yang agak berusia tapi masih anggun bergaya tengah pandang aku dengan Aidan bersilih-ganti. Dia berjalan menghampiri kita orang. Aidan jelas nampak terkejut.
"Mom, what are you doing here?"
Mom?! Giliran aku pula pandang wanita tu dengan Aidan bersilih-ganti.
"Sejak bila I tak boleh melawat you lagi?"
Aidan geleng kepala. "Sorry."
Lepas tu dia terus peluk dan cium pipi wanita tu. Aku pula yang terpinga-pinga tengok gelagat dia orang.
"I believe you should give us a proper introduction, don't you?"
Wanita tu pandang Aidan dan aku. Tapi tangan dia masih berlingkar di pinggang Aidan. Tiba-tiba aku terasa macam orang asing dekat sini.
"Oh, sorry, my mistake. I'm so surprised to see you here, mother." Aidan senyum dan pandang aku semula.
"Mom, this Nadine Saffiyah and Fi, this is my mother."
What?! Aku dah keliru sekarang ni. Berapa orang mak yang dia ada? Bukan ke aku dah berjumpa dengan mak dia tadi?
"This is my biological mother." Aidan sambung lagi. Mungkin dia perasan aku nampak lost di sini.
Aku terkebil-kebil pandang wanita di depan aku. Anggun dan bergaya sungguh. Dengan coat yang nampak eksklusif, tudung sah-sah dari Burberry, tailored pants yang nampak mahal dan beg tangan Birkin. Pergh! Dari atas kepala sampai ke kaki semuanya haute couture.
Tiba-tiba aku jadi kaku. Tak tahu apa yang patut aku buat. Mom Aidan terus hulurkan tangan dulu. Perlahan-lahan aku sambut dengan rasa malu dan bersalah.
"Saya Nadine Saffiyah." Hampir tak terkeluar suara aku dibuatnya. Aku cium tangan dia sebelum dia lepaskan tangan aku. Mom Aidan angguk sekali. Tak ada senyuman yang terhias di bibir dia. Ini yang buat aku makin cuak.
"Saya Profesor Datin Ir. Dr. Emilia Ismail. Ibu kandung Aidan."
Aku pasti air muka aku berubah. Hampir tak tertelan air liur dibuatnya. Aku pandang wajah Aidan. Dia pun berubah air muka tapi tak kata apa-apa. Satu persatu gelaran mom Aidan terlintas di kepala.
Gulp!
Profesor! Datin! Ir! Doktor!
Matilanakkk!!!

Friday, 15 January 2016

Pre-Order Saat Kau Hadir Dalam Hidupku

Assalamualaikum and Greetings

Alhamdulillah. The one that we've been waiting for has finally released. Thank you for your  endless support, love and prayers. For those who would like to purchase your own copy of this book you can do so via October Pub.


Saat Kau Hadir Dalam Hidupku
KARYA : XUANZA
RM29 (Semenanjung) / RM32 (Sabah Sarawak)

Layari www.october.my atau
Pm FB October / October Novel atau
Emel order@october.my atau
Whatsapp +6010-792 4664 atau
Fax 03-8741 3217 untuk pembelian secara online dari penerbit

"Bro! Senang cerita macam ni la. Aku dah mintak maaf dengan kau, kau tak boleh cakap elok-elok ke? Tolonglah... jangan malukan orang Malaysia. Budi bahasa tu budaya kita, bro."

"Um... Budi bahasa budaya kita? Eheh... I think you should look in the mirror before looking out the window."

Wah... Mamat ni memang dah lebih. Sangat menjengkelkan dan menyakitkan hati! Fareed Dayyan!!!! Kenapa perangai kau macam setan! Tak seperti abangnya, Fariedz Dazrien yang lebih berlemah lembut berbicara dengan gadis cun berhati sensitif macam aku ni.

"Nia, please inform me before you go somewhere else next time."

"Why should I? I bukan budak kecil."

"Betul you bukan budak kecil, tapi mama amanahkan I untuk jaga you. Your safety is my responsibility."

Tiba-tiba, aku dapat lamaran daripada sebuah keluarga yang tanpa aku sangka. Macam mana benda ni boleh berlaku kat aku?! Dan...

How could I possibly expecting HIM to be my so-called fiancée and future husband. Heh... Husband? Urgh...

Adakah aku bersedia untuk menjadikannya suamiku, sepertimana yang diharapkan oleh keluargaku sendiri terutamanya nenek? Padahal aku sudah ada 'kekasih' yang aku cintai, namun aku sedar, takkan direstui sesiapapun.

"I don't have any choice. Can I say no?"

"You can always say no. It's your life and your decision. You're the one who's going to live every single day with the choice you made."

Bab 12: Bernafas Tanpamu

Agak lama aku termenung di meja belajar sambil pandang ke luar tingkap. Masa tengah syok layan perasaan tiba-tiba terdengar bunyi panggilan dari komputer riba. Bila aku tengok skrin, dua orang 'hulubalang' sedang menanti.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam."
"What's up, little sister? What's eating you?" soal Abang Syazwan. Di sebelah dia ada Abang Syafiq. Pelik juga ni. Macam mana Abang Syazwan boleh ada dengan Abang Syafiq?
"Where are you, Along?"
"Melbourne for sure. Can't you see your Acik?"
Acik angkat dua jari dengan kepala bertutup hoodie sweater. Bajet macho la kononnya. Ceh!
"When did you arrive?"
"Yesterday. He said he misses my money a lot. Damn him!" Abang Syazwan terus tarik bahu Abang Syafiq dan luku kepala dia. Hahaha! Ini lawak. Siapa suruh cakap tak pakai penapis. Kan dah mendapat!
Aku beralih pandang pada Abang Syamil dan Abang Syahmi yang baru masuk conversation. Si kembar yang buat aku keliru kadang-kadang. Suka trick aku.
"Wehuuu...someone's getting married!" Abang Syahmi main jungkit-jungkit kening.
"Selamat pengantin baru, semoga kekal abadi bahgia ke anak cucu..." Abang Syamil mencelah dengan nyanyi lagu Anita Sarawak. Sengal punya abang!
Abang-abang aku yang lain dah bantai gelak bila aku tarik muka empat belas.
"Stop teasing me, please..." Aku merayu dengan muka habis simpati. Selalunya dia orang akan 'termakan', tapi lain pula hari ni. Dia orang makin galak gelak. Aku julingkan mata ke atas. Biarkan je gelak dia orang reda sendiri.
"Just chill uptight little sister. You know we love to tease you." Abang Syafiq pula mencelah.
Entah kenapa tiba-tiba terharu tengok abang-abang aku berkumpul beramai-ramai semata-mata nak buat panggilan video dengan aku. Walaupun jauh terpisah beribu batu tapi dia orang sanggup berkumpul untuk bercakap dengan aku. Tahu sangat aku berada dalam masalah.
"Not today, please. I still can't believe you have given your approval. What happened brothers? What made you change your mind? What's so special about him?"
Hambik! Bertalu-talu aku ajukan soalan. Tak tahu kenapa kali ni abang-abang aku semua zip mulut ketat-ketat. Dah berapa kali aku asak dia orang tentang soalan ni. Tapi tak ada seorang pun jawab dengan jawapan yang memuaskan hati.
"He is a reliable man. We believe he can look after you."
Aku kecilkan mata pandang Abang Syahmi. Jawapan langsung tak pakai konkrit. "I don't need a man to babysit me! I am old enough to take care of myself."
"My dear little Fi, we know that you're capable to look after yourself but..." Tak sempat Abang Syazwan habis cakap Abang Syamil mencelah.
"If a man genuinely wants you in his life, he will make an obvious effort to do so and..."
"He's the man. He's brave enough to pull a stunt by flinging himself into the fire." Abang Syahmi pula sambung.
"Come on lil sis. Wake up! Cuba bagitahu Acik, berapa ramai lelaki dekat luar sana berani ambil tindakan macam tu? Tak semua lelaki ada keberanian untuk telefon abah, mak dan kesemua adik-beradik kepada perempuan yang dia nak, tahu?"
Haih...macam nilah gayanya bila Nizam's siblings berbual. Bahasa Inggeris dan Melayu akan bercampur. Aku dan abang-abang dididik sejak dari kecil lagi untuk menguasai bahasa Inggeris dan Melayu. Masa kecil, abah akan berbahasa Inggeris bila bercakap dengan kami lima beradik dan mak pula akan berbahasa Melayu. Cuma dah besar ni je abah dah campur-campur bila bercakap dengan kami.
"Including you, no?" Abang Syazwan terus jungkit kening pandang Abang Syafiq.
Abang Syafiq julingkan mata ke atas sebelum tarik hoodie turun ke muka. Abang kembar aku terus gelak. Haih...sempat lagi tu.
"Tapi Fi tak tahu keluarga dia boleh terima Fi ke tak. Fi tak kenal pun keluarga. How can I accept him without knowing his family?"
Semua terdiam seketika sebelum Abang Syahmi bersuara semula. "Well, she's got a point, bro."
"Yeah, but I'm sure he will introduce you to his family." Jawab Abang Syafiq.
"Tapi kita masih tak tahu reaksi keluarga dia."
Aku setuju dengan apa yang Abang Syamil cakap. Aku masih tak pasti sama ada keluarga dia dah tahu pasal aku dengan dia. Isu tentang latar belakang dia masih kabur lagi.
"Agree. Dia ada sebut yang keluarga dia tak kisah, tapi kita masih tak tahu keadaan sebenar. Don't say anything when you're still in doubt. You won't make the best decision."
Akhirnya! Abang Syazwan juga yang faham apa yang mengganggu aku.
"Jangan buat keputusan sebab semua orang approve dia. Fi buat keputusan ikut apa yang Fi jumpa dalam istikharah Fi. Bila dah benar-benar yakin baru bagi keputusan. Jangan biarkan hati dan akal Fi bertingkah antara satu sama lain. Pastikan jawapan yang Fi buat tak ada keraguan supaya Fi tak sesal kemudian hari."
Kata-kata Abang Syazwan meresap dalam hati sekaligus mengurangkan rasa gundah aku.
"Perkahwinan adalah permulaan perkongsian hidup antara lelaki dan perempuan di mana kematangan, kepintaran dan kesabaran akan diuji. Dugaan perkahwinan berbeza dengan alam percintaan sebab perkahwinan adalah satu ibadah suci yang termaktub dalam Al-Quran dan hadis. Bila dah namanya suci, jadi lebih banyak 'gangguan-gangguan' yang boleh meruntuhkan rumahtangga."
"Pastikan sebelum melangkah ke fasa perkahwinan, mental, fizikal, rohani dan jasmani dah bersedia. Bear in mind, berkongsi bumbung yang sama antara lelaki dan perempuan ni berbeza dengan berkongsi rumah dengan kawan yang sama jantina. Ada tanggungjawab berat yang tergalas di bahu."
Semua terdiam bila Abang Syazwan dah bersuara panjang lebar. Walaupun Abang Syazwan bukanlah abang yang garang tapi sebagai abang yang paling sulung, bila dia dah keluarkan hujah panjang lebar Abang Syamil yang peguam pun boleh hilang kata.
"Is that one of the reasons why you're still single, Along?"
Selamba Abang Syahmi kenakan Abang Syazwan lepas agak lama mendiamkan diri. Semua mata tertumpu pada Abang Syazwan. Nak tahu juga kenapa abang juruterbang yang terhangat di pasaran ni masih tak tanda-tanda nak menamatkan zaman bujang.
Abang Syazwan segaris. "Probably, yes. I'm not ready to commit myself to marriage just yet. That's my drawback."
Abang Syamil mula ukir senyuman. "Hmm...Lepas ni ada la alasan nak bagitahu mak kenapa Along tak nak kahwin."
"Dan kau pun nak pakai alasan yang sama ke Alang?" soal Abang Syafiq.
"I don't see why not?" Abang Syamil jungkit kening sambil senyum meleret.
"Kau tak nak kahwin ke bro?" Abang Syahmi tolak bahu Abang Syamil.
"Relaks bhaiI'm not into that sort of thing yet."
Waaa...aku dah nampak permainan abang-abang aku sekarang ni.
"Wow! How could you do this to me?" Aku cekak pinggang dengan muka masam. Masing-masing tayang muka blur tiba-tiba.
"What did we do?" soal Abang Syazwan dengan muka kosong.
"Bendahara, penghulu bendahari, temenggung dan syahbandar pandai tak nak kahwin dulu tapi disuruhnya kita kahwin. Agak-agaknya dah tak sabar ya nak lepaskan tanggungjawab sebagai laksamana pada adik dia yang seorang ni." Aku tarik muncung.
Dia orang berpandangan antara satu sama lain sebelum gelak berjemaah.
"Halamak! Macam mana boleh bocor rahsia ni?" Abang Syafiq tepuk dahi konon rahsia dah terlepas. Ceit!
"Eh...kita orang bukan apa. Cuma nak hadiah langkah bendul je."
Serentak Abang Syahmi dengan Abang Syamil high five sambil gelak di benua Asia. Bersambung pula dengan gelak Abang Syazwan dan Abang Syafiq di benua Australia. Tinggal aku di benua Eropah yang berasap sorang-sorang. Hampeh!
"Mana ada langkah bendul bagai kekandaku sekalian. For goodness sake, you are my brothers not my sisters!"
"Chill, lil sis. We know that, of course."
Aku jelir lidah dekat Abang Syazwan. "Gedik!"
Dia orang gelak-gelak. Dalam masa yang sama aku perasan Abang Syafiq dah mula menguap sambil gosok mata.
"Okay lil sis. Dah pukul 2.30 pagi dekat sini. I have a hockey match to catch up tomorrow."
Lepas Abang Syafiq cakap macam tu baru masing-masing nak tengok jam. Australia dan Malaysia dah malam tapi dekat Ireland masih siang lagi. Memang patut la masing-masing dah mengantuk.
"Thanks brothers. I will let you know my decision later." Kata aku sebagai penutup perbualan Nizam's siblings yang terisi dengan pelbagai perisa.
"Make sure you do." Kata Abang Syahmi
"And don't forget, whatever you decide to do, make sure it makes you happy. We will always support you." Sambung Abang Syamil.
Aku senyum lebar sambil angkat tangan ke kepala. Buat bentuk 'love'. "Love you brothers. Please pray for me."
"Always!" Serentak dia orang berkata sebelum bagi salam dan tutup perbualan.
Belum sempat aku bangun dari kerusi tiba-tiba terdengar ada orang ketuk pintu bilik dan serentak dua kepala terjengul di muka pintu.
"Sibuk ke?" Soal Tim sambil sengih.
Aku geleng kepala. "Tak. Masuklah."
Salwa dengan Tim masuk bilik aku dengan gaya berhati-hati. Sejak Aidan melamar aku hari tu dia orang nampak macam teragak-agak nak cakap dengan aku.
"What's up?" Aku pandang sorang-sorang yang ambil tempat dekat katil aku.
"Kau cakap dengan abang-abang kau ke tadi?"
Aku tahu bukan soalan itu yang Salwa nak tanya. Saja buat pusingan U dulu.
"Hurm...biasalah dia orang tu."
Lepas aku cakap masing-masing terdiam balik. Pelik! Macam ada sesuatu yang tak kena dengan dia orang ni. Dua-dua duduk serba tak kena.
"Korang ni dah kenapa?"
Salwa dengan Tim berpandangan sekejap sebelum Tim bersuara. "Hurm...kau dah buat keputusan ke pasal proposal Aidan tu?"
Aku tarik nafas berat dan jatuhkan bahu.
"Take your time. Aku pun masih terkejut Aidan boleh tiba-tiba propose kau. Berani gila dia telefon keluarga kau."
Aku mengiyakan kata-kata Salwa. "Aku pun tak sangka dia seberani tu. Tapi yang peliknya sampai sekarang aku masih tertanya-tanya macam mana Aidan boleh dapat contact keluarga aku?"
Lepas aku cakap macam tu aku perasan Tim dengan Salwa berpandangan. Air muka masing-masing berubah. Macam ada sesuatu yang tak kena. Serentak ada satu kotak berkunci dalam kepala berbunyi 'klik'.
"Korang berdua ke yang tolong Aidan?" Aku jungkit kening sambil renung dalam-dalam muka sorang-sorang.
Tim dengan Salwa mula tak senang duduk atas katil aku. Gaya macam ada duri je atas duvet tu.
"Err...sebenarnya.." Tim teragak-agak.
"Sebenarnya...ada dalam dua bulan lepas Aidan minta maklumat pasal keluarga kau. Masa tu kita orang pelik juga kenapa dia nak minta emel dan nombor telefon abang-abang kau."
Tim angguk dan mencelah. "Tapi dia cakap saja nak tahu. Kita kan nak travel sama-sama. So kalau apa-apa jadi dia orang ada maklumat tentang keluarga kita. Dia bukan setakat minta keluarga kau je, keluarga aku dengan Salwa pun dia minta."
"So kita orang langsung tak syak dia ada agenda lain masa tu. Sorry Nad." Salwa sambung bersuara dengan muka bersalah.
Licik! Pandai dia nak dapatkan info. Sepandai-pandai budak berdua ni, terpedaya juga dengan helah si suave tu.
"Nad."
Aku pandang muka Tim. Jelas ada lagi yang tak kena dengan riak muka dia orang.
"Ni untuk kau. Aidan bagi."
Dia hulurkan pendrive dengan muka takut-takut. Mula la tanda soal besar terpeta dekat muka aku.
"Apa pula ni?"
Salwa jungkit bahu. "Tak tahu. Aidan suruh pass dekat kau."
Aku tarik nafas berat sebelum ambil pendrive tu dari tangan Tim. Macam-macamlah si suave ni.
"Aidan pesan suruh buka sekarang."
Aku geleng kepala. Banyak pula arahan dia. Salwa dengan Tim dah bangun dari katil dan bersedia untuk keluar dari bilik aku.
"Tak payah keluar. Duduk je situ."
Dia orang akur. Aku pusingkan badan menghadap komputer riba dan masukkan pendrive pada komputer riba. Hanya satu folder je ada di situ dan tertulis nama aku. Aku klik pada folder tu dan satu video terpapar.
Tak lama lepas aku klik video tu, muncul Aidan di skrin sambil pegang gitar. Dia nampak santai dengan seluar jeans dan t-shirt lengan panjang yang disinsing sampai ke lengan.
"Sorry if you find this disturbing. Aidan tak tahu apa yang patut Aidan buat lagi. I've already shown you my last card."
Dia terdiam sekejap. Cuba menyusun kata. Dapat aku rasakan renungan dia tepat ke mata aku seolah-olah dia ada di depan aku.
"No matter what happens to us in the future, no matter what decision you make in the end, I hope this will make you smile." Dia hadiahkan senyuman cap peluntur. Perlahan-lahan aku pun terikut sama.
Dia betulkan letak duduk gitar atas peha sebelum petik gitar.
The strands in your eyes that color them wonderful
Stop me and steal my breath...
Oh...aku pasti hati aku dah tergolek ke kaki. Bunyi petikan gitar dan suara dia bagai meresap ke dalam saraf. Darah terasa terus melonjak ke muka. Panas!
I'll be your crying shoulder,
I'll be love's suicide
I'll be better when I'm older,
I'll be the greatest fan of your life...
Oh my goodness! What has he done to me?! I'm falling head over heels for this man.
Lepas dia habiskan nyanyian yang menusuk kalbu tu dia angkat muka pandang aku. "I'm sorry for bothering you a lot, but I wonder if you could do me a favor?"
Jeda.
"Please open your window and pick up the rose."
Tiba-tiba video tu habis macam tu je. Aku kerut dahi. Kenapa tiba-tiba je ni? Aku alihkan pandangan pada manusia di belakang aku.
Dua-dua tayang muka terharu+blur. "Apa hal ni?"
Dia orang sengih makin lebar sebelum tunding jari ke arah tingkap bilik aku. Automatik mata aku terus terbuntang.
"Don't tell me...
"Aidan. Luar." Tak sempat aku habiskan ayat Salwa sambung cakap satu persatu. Aku terus tutup mulut dengan tapak tangan.
Oh mind blowing! Aidan Dzakirin never ceases to amaze me.